Sejak akhir-akhir ni, saya dah jarang dapat get in touch dengan awak malahan boleh dikatakan tak dapat langsung. Kalau dihitung mengikut hari, dah nak hampir sebulan selepas awak pulang bercuti dari maktab. Time di maktab, awak selalu busy and penat sehinggakan kadang-kadang tu saya kecewa and sedih tak dapat melepaskan rindu saya pada awak.
Hadirnya cuti semester ni, semuanya sama seperti awak berada di maktab. Saya kurang dapat get in touch dengan awak. Awak jarang online and malahan saat saya online, awak pulak yang offline. Tambahan pula, awak dah jarang online akhir-akhir ni and kalau dilihat dari sudut sekarang, awak lebih aktif di Instagram berbanding di facebook dengan twitter.
Adakalanya kadang-kadang tu, saya takut nak mulakan perbualan dengan awak di facebook apatah lagi di twitter. Saya mengaku saya memang jealous pada orang lain yang mention dengan awak di twitter ataupun orang lain yang chat dengan awak di facebook yang tidak saya ketahui. Saya memang rindukan diri awak, rindu sangat-sangat apatah lagi saya dah lama tak dapat nak get in touch dengan awak.
Kadang-kadang tu jugak, kekuatan saya nak mulakan perbualan dengan awak tu hadir tetapi apabila saya text awak mahupun chat, awak tak reply. Maybe awak busy ataupun saya sepertinya tidak pandai memulakan topic perbualan kepada awak. Maaf.. Malahan, saya seringkali suruh awak online pada masa yang saya tetapkan. Maaf jika masa yang saya pilih ketika itu awak busy ataupun saya sendiri yang tak tepati masa tersebut. In the end, saya tiada pilihan lain selain terpaksa menahan kesakitan merindui diri awak.
