Friday, December 13, 2013

News For Awak

Untuk pengetahuan awak yang tersayang, hehe :P  tarikh birthday awak selalu berada dalam ingatan saya. Kalau awak masih ingat, saya pernah beritahu pada awak yang semua password saya merupakan gabungan di antara singkatan nama awak dengan tarikh birthday awak. Malahan sampai detik sekarang, password saya tak pernah berubah and niat di hati, saya tak akan ubah untuk selama-lamanya  >.<

Berbicara mengenai tarikh birthday awak, hari ni saya tiba-tiba tergerak hati nak belek-belek calendar baru untuk tahun 2014. Tidak di sangka-sangka, ada berita baik untuk awak. Nak tahu tak? Em…… Birthday awak, 30 June 2014 jatuh betul-betul dalam bulan Ramadan, Ramadan yang kedua In Sya Allah. Untunglah budak sorang tu kan sambut hari jadi dalam bulan ramadan.. Jealous giler saya :/

Tapi kan awak… Ada berita tak bestnya taw. Em.. Nak kena bagitahu ke?? Okaylarh. Saya bagitaw. Birthday awak jatuh hari Isnin. So, tak dapatlah awak nak enjoy puas-puas satu hari tu coz waktu sekolah+bulan puasa. So, apa kata awak ceriakan hari awak dengan beribadah banyak –banyak hari tu? Solat dhuha, baca Al-Quran, niat ikhlas pergi belajar and lain-lain larh. Bulan puasa kan penuh keberkatan. Ceh, bajet alim pulak saya ni. Hehe :P And, time berbuka tu, kalau makan ikut homeroom, suruhlah satu DS nyanyikan lagu happy birthday untuk awak. Fuiyoo, giler arh satu DS. Hot giler awak  o.O And awak makanlah puas-puas time tu. Nama pun birthday kan… Hahaha..

Cakap pasal berita baik and berita tak best ni, ada lagi satu berita baik untuk awak, tapi…… jadi berita tak best untuk saya.  Tahu tak apa awak? Oleh sebab birthday awak hari Isnin, so, hari Ahad and Sabtu sebelum birthday awak, budak-budak lelaki yang lain yang minat kat awak pasti akan ambil kesempatan masa tu untuk belikan hadiah untuk awak. Jealouslah saya nanti :( 

Harap-harap, semoga Ahad sebelum birthday awak, outing perempuan.  Tapi bila difikirkan balik, sebaiknya, biarlah ramai yang bagi hadiah dekat awak, tak kiralah lelaki ke perempuan agar awak happy and ceria tersenyum macam ni, :D :D :D time birthday awak, walaupun time tu sy tengah jealous. Hahaha…

Niat di hati saya saat ni, saya nak jadi orang yang akan membuatkan awak paling gembira and ceria time birthday awak. Saya nak jadi wish yang first, tak nak tertidur lagi macam tahun lepas. Awak nak hadiah apa? Mesti awak jawab macam ni kan, “tak pelarh”. Hahaha.. Saya akan tetap bagi jugak kat awak walau apa-pun. Tapi kan awak, saya rasa tahun ni macam nak bagi dua hadiah pulak kat awak. Hahaha.. In Sya Allah kalau panjang umur, adalah hadiah untuk awak nanti.  Hehehe.. Tapi, kalau saya rasa macam dah nak pergi sebelum tiba birthday awak, In Sya Allah saya akan suruh orang lain kirimkan untuk awak. So, Saya kena decide and prepare  awallah kalau macam ni. Em.. Hadiah apa yek nak bagi kat awak?? Ishhhh!!!! Mana boleh bagitahu awak. Tunggu jeklarh okay. Hehehe..

P/S: Saat ini, hanya menunggu, menunggu, menunggu, hadirnya ketibaan 30 JUNE 2014. Tak sabar pulak rasanya. Hahaha. XD