Dua hari lebatnya hujan turun berturut-turut di sini tanpa ada sedikit pun tanda ianya akan berhenti. Adakah awak di sana sedang menangis merindukan diri saya di sini? Hehehe.. :P Malahan, di kala itu jualah bayang awak tidak kelihatan. Ke manakah awak? Tahukah awak betapa risaunya saya di sini menanti kelibat awak.
Kelibat awak yang tidak kunjung hadir membuatkan saya risau separuh mati akan keadaan awak. Sihatkah awak? Awak tak apa-apa ke? Di manakah awak berada? Sampai hati awak membiarkan soalan-soalan ini berlegar di benak fikiran saya tanpa terjawab. Awak kejam!! T.T
Saya nampak macam marah ke awak?? A'ah!! Saya marah akan awak! Saya tahu saya tiada hak untuk memarahi awak kerana membuatkan diri saya risau seperti ini. Awak bukan milik saya. Malahan.. Saya tak tahu lagi adakah awak akan memilih saya untuk saya memiliki awak? Saya tak tahu adakah saya akan menang dalam percaturan memiliki awak?
Syakir, Hazwan Ikmal, dapatkah saya hilangkan mereka dalam benak fikiran awak? Malahan.. saat masa semakin ke hadapan, saya tak tahu berapa ramai insan lain yang akan muncul dalam benak fikiran awak and berapa ramai insan lain yang akan cuba untuk merebut hati awak? FINE!!! SAYA TERLALU CINTAKAN AWAK!! SAYA TAKUT KEHILANGAN AWAK!!!! MAAF...........
