Saturday, December 21, 2013

Rindu+Risau

Kalau dihitung dari hari ini, masa yang tinggal untuk saya freely chat or text dengan awak tanpa gangguan kelas or apa-apa yang berkaitan maktab, hanyalah tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi. Cuti hampir 2 bulan yang saya niatkan untuk get in touch dengan awak lebih rapat, sepertinya hanya sia-sia masa tersebut dibazirkan oleh saya. Apabila awak kembali ke maktab, sudikah awak bagi kebenaran dekat saya untuk menganggu malam-malam awak seperti sebelum ini?

Rindu saya makin melarat dan menebal terhadap awak apatah lagi saya dah lama tak dapat nak get in touch dengan awak. Malahan, di tambah lagi dengan jarak yang memisahkan antara saya dengan awak. Saya tak tahu bagaimana nak terangkan pada awak betapa rindunya saya terhadap awak sehinggakan kadang-kadang tu,saya nak sangat awak berada di depan mata saya. Even sekadar meilihat diri awak pun cukuplah bagi saya untuk meredakan kerinduan ini.

Saya tak tahu sampai bila saya boleh menahan kerinduan saya terhadap awak. Kadang-kadang tu, saya termenung sorang-sorang memikirkan apa awak tengah buat masa tu? Awak kat mana? Awak tengah happy or sedih ke masa tu? Andai sahaja saya dekat dengan awak, In Sha Allah saya akan memastikan keadaan awak sentiasa okay, macam cartoon ni.. xD


Bab rindu satu hal, satu lagi yang buat saya resah selalu, tentang keadaan awak.  Kesakitan rindu bolehlah saya tahan lagi tapi kalau bab-bab kerisauan ni, saya mintak maaf coz saya memang tak boleh nak tahan. Kalau time cuti ni, selalunya kalau saya lihat awak online FB, men twitter or Instagram, saya tenang coz keadaan awak okay.

Tapi….. Time dah lama x dengar berita awak, kerisauan saya akan tercetus. Tgok twitter awak, no new tweets, naik sikit kerisauan saya. Tengok instagram awak pulak, no new post, naik lagi bar risau saya. Seterusnya, FB n blog awak pulak tapi tiada perubahan, dah klimaks risau saya.

So, bila dah klimaks tu mulalah dekat phone awak ada mesej masuk. Bila x direply, akan ada lagi, lagi and lagi. Awak.. Janganlah buat saya risau. Maaf kadang-kadang tu saya marah awak or paksa awak reply, tapi awak tahu kan kalau seseorang tu dah risau macam mana. Risau orang yang paling dia sayang pulak tu.


So, nak dibuat konklusinya, Rindu+Risau (2R) ni memang buat saya resahlah.  Awak… Jangan buat saya terlalu rindu and risau awak, saya sakit.