Menjelang ketibaan SPM, suatu malam awak ingin menggunakan buku biology dan bertanya pada saya ada sape-sape boleh pinjamkan untuk awak? Oleh sebab tidak mahu orang lain dapat perhatian awak, saya dengan rela hati menawarkan diri untuk meminjamkan buku saya kepada awak. Bak kata pepatah, "Pucuk di cita, ulam mendatang".
Pada mulanya saya terperanjat kerana awak ingin belajar topik Variation. Cakap pasal biology ni, teringat yang saya dengan awak pernah kantoi dengan Cikgu Fatimah. Habis dia soal saya macam-macam. Saya dah macam penjenayah, dia pulak Inspektor.
Dengan awak, saya tak tahu. Dekat kelas saya, dia selalu kenakan saya. Awak pun kena jugak ke macam tu? Time awak hendak memulangkan buku tersebut, awak resah jika buku tersebut tak sampai pada saya.
