Saturday, December 15, 2012

End of MJSC Memories

Saya tak mengerti mengapa dan kenape setiap kali time di maktab, saya selalu nampak kelibat awak. Kadang-kadang tu dekat BA, DS, PSP and dekat perhimpunan di DSM pun saya dapat perhatikan awak di celah-celah keramaian orang.

Di Dewan Selera, saya akan selalu perhatikan awak makan apabila balik dari futsal malahan adakalanya saya akan skip bermain futsal untuk bersiap awal ke DS semata-mata nak melihat awak. Tibanya prep malam mahupun prep pagi sabtu jika saya ternampak awak pergi ke PSP, saya akan menyusul awak ke sana :3

Saya tak boleh nak bertentang mata bulat awak secara lama-lama tatkala saya dapat peluang melihat awak. Namun, semuanya berubah tatkala saya menamatkan alam persekolahan di maktab dan di saat itulah saya menyesal kerana hanya sedikit kenangan awak dengan saya sewaktu di MRSM. Saya rindukan saat-saat di DS, PSP, BA dan semuanya tentang awak. Saya rindukan semua itu :'(