Hadirnya Perasaan Itu
Dunia MRSM bagi saya bukanlah senang untuk melelapkan diri dan mendapatkan rutin tidur yang konsisten. Dikala itu jualah, sewaktu lena saya terganggu, kawan-kawan saya yang lain mengajak saya menonton movie di surau yang boleh dikatakan sudah macam berada di panggung wayang. Malahan, tidak saya menyangka bahawa movie yang dicadang ialah movie seram, Haunted Changi. Sebuah kisah benar tentang sebuah hospital di Singapura. Alahai diorang ni, ada jugak budak yang menjerit ni kang.
Malam tu jugak, movie tersebut seperti menjadi bahan sampingan untuk saya menunggu reply text dari awak. Fokus saya kebanyakkannya hanyalah pada screen phone saya dan jarang pada screen LCD. Saat itu jualah, diri awak meminta tolong pada saya untuk mengambilkan buku-buku awak yang tertinggal di meja Dewan Selera. At first, saya beritahu pada awak bahawa saya akan meletakkan buku-buku awak di atas meja awak di kelas. Selepas itu, saya direct kembali ke bilik dan membelek-belek buku-buku tersebut.
Keesokannya, plan bertukar. awak menyuruh saya meletakkan buku-buku awak kembali di tempat asal. Malang sekali, kredit saya zero. Saya meletakkan kembali buku-buku tersebut ditempat asal dan seterusnya pergi bermain futsal sementara menunggu Koperasi dibuka. Kembali pulang dari futsal, tertera di phone saya 3 mesej, 3 miss call and 1 voice mesej. Saat itu, tak tahulah nak gambarkan bagaimana rasa bersalahnya saya terhadap awak. Saya bergegas ke Koperasi untuk membeli topup dan sepantas kilat saya reply text awak. And Alhamdulillah, awak dah dapat balik buku-buku tersebut.
Malam tu, tidak saya duga kepahitan akan menjelma. Awak bertanya pada saya adakah saya baca semua yang ada dalam testpad awak? Dan seperti yang saya duga, awak marah pada saya apabila saya mengatakan "ya" termasuk sesuatu perkara yang awak tidak mahu orang lain tahu. Perlukah saya cakap "tidak" untuk menjaga hati awak? Ataupun berkata "ya" untuk mengajar saya agar sentiasa jujur terhadap orang yang saya sayang? Saya memilih "ya" kerana saya tidak mahu berbohong pada diri awak, insan yang saya cintai.
Di saat itu jualah awak mahu menghilangkan saya dalam hidup awak. Awak tidak mahu lagi saya mengganggu diri awak seperti biasa. Saat itu jualah suatu perasaan hadir dalam diri saya, Saya Tak Nak Kehilangan Awak. Malam itu jualah saya membuatkan air mata seorang insan yang saya sayang mengalir dan pertama kali dalam hidup saya, saya mengalirkan air mata hanya kerana seorang perempuan. Sebelum ini, saya hanya berserah dan reda akan pemergian seseorang tetapi entah mengapa saat itu, perasaan takut kehilangan itu hadir dalam diri saya. Dan kerana perasaan itu jualah, saya berusaha merayu pada awak agar memaafkan diri ini dan tidak memutuskan tali perhubungan antara saya dengan awak.
Fear 1: Facebook
Sewaktu saya sedang menjalani SPM, saya jarang dapat get in touch dengan awak namun saya tidak menyangka akan dapat get in touch dengan awak melalui FB. Time tu jugak, saya terbagi password FB saya dekat awak because saya tak kisah, saya nak awak percayakan saya yang saya serius memang cintakan awak. Lagipun, awaklah insan yang saya percaya.
Hancur FB saya dikerjakan awak. Start gambar profile dieditnya awak jadi macam orang ape entah. Saya tak kisah akan semua tu malahan kegembiraan saya bertambah saat itu. Dah puas dengan profile pic saya, kali ni cover FB saya pulak yang jadi mangsa awak. Awak marah suruh saya tukar cover lain coz cover yang saya guna terdapat singkatan nama awak. Saya guna cover I LOVE SKA. Then, saya decide awak yang akan tukarkan and saya still lagi guna cover tu. Cuba check FB saya skang.
Selain tu jugak, ada satu kali awak dan member-member awak kenakan saya dengan awak. Saya comment pic awak and mulalah kawan-kawan awak serbu. Sorang-sorang masuk dengan comment masing-masing. Penat saya nak layan time tu.
Tetapi, semua tu berubah, awak unfriend saya secara tiba-tiba. Saya tahu salah saya sebab saat itu saya selalu mengganggu awak. Berulangkali saya memujuk awak agar add saya kembali then Alhamdulillah selepas saya ambik result SPM, awak add saya balik.
Fear 2: Phone
Saat semakin hampir awak cuti Semester and saat itulah semakin hampir saya akan pergi meninggalkan MRSM Batu Pahat. Malahan, time tu jualah phone awak hilang entah ke mana. Awak sedih and time tu awak nangis and awak suruh saya jangan contact awak selagi tidak ditemui phone awak balik.
Untuk cuba menghilangkan kesedihan awak dan untuk menghalang agar saya kehilangan awak, saya decide round ke Blok A dan Blok B untuk melihat sesuatu kemungkinan berkaitan phone awak namun semuanya sia-sia. Phone awak hilang kat BA and saat itu saya tak tahu nak berbuat apa lagi.
Fear 3: Reason
Cuti hari raya haji bagaikan sesuatu yang suram. Saya tak menyangka di saat itu awak sedang marah akan saya. Pada mulanya saya tak menganggap apa-apa namun setelah naik cuti hari raya haji, awak bagitahu yang awak marahkan saya dengan reason awak memarahi saya.
Awak marah saya sebab menganggap sayalah yang kantoikan pada semua orang tentang saya dengan awak. Buat kali kedua, saya tak tahu nak cakap apa-apa kerana alasan yang diberikan awak semuanya pelik- pelik.
