Friday, December 14, 2012

MJSC Memories 2: Mimpi

Pertama kali saya berasa awak sepertinya dalam ketakutan hanya kerana sebuah mimpi. Petang setelah selesainya berjemaah di surau, awak bercerita pada saya bahawa awak bermimpi hantu. Awak takut sangat and berasa tidak sedap hati. Di kala itu, kawan-kawan awak sedang menonton cerita The Devil Inside. 

Time tu jugak, saya tak tahu nak hilangkan ketakutan awak macam mana. Saya cuba tenangkan awak sebaik yang mungkin. Sebenarnya, semua itu mungkin disebabkan awak tidur selepas Asar. Saya tak berapa pasti namun sesetengah ulama' mengatakan,"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri". 


Kalau awak nak tidur jugak, janganlah lupa untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu because saat awak bermimpi tentang hantu saat tu, awak belum menunaikan solat Asar lagi. Lagipun, mimpi kan mainan tidur.