Saturday, January 26, 2013

Happy Rule

ANYTHING+........=HAPPY^-^

Jika awak belajar Math pastinya tidak akan pernah terjumpa akan equation seperti ini. Untuk pengetahuan awak, inilah namanya, Happy Rule yang telah dicipta oleh saya secara unofficial. Hehehe.. :P Actually, equation ini memang relate dalam hidup saya sejak mengenali awak. 

Tidak kira jika apa yang saya lakukan, yang saya terima, yang saya rasa dan ape-ape jek larh yang ada berkaitan dengan awak, akan membuatkan saya berasa gembira. Kadang-kadang tu, awak marah akan saya pun, saya tetap gembira kerana awak still lagi ingat akan saya walaupun ketika itu awak dikuasai perasaan kemarahan dan kebencian.



Walaupun adakalanya awak membuatkan saya sedih namun kesedihan tersebut tidak akan berpanjangan sebagaimana kegembiraan saya terhadap awak. Bagi saya, hanya awak seorang yang kadang-kadang tu akan membuatkan orang lain memikirkan saya gila kerana senyum sorang-sorang apabila teringat akan awak. Adakalanya sampai semua yang berlaku di sekeliling saya tidak saya ambil peduli. Bukan tak ambil peduli, tak ingat pun. Yelah, ingat awak jek kan :3