Monday, January 20, 2014

Where Should I Go?

Di kala malam bulan separa ibarat hati ini yang hanya tinggal separuh kekuatan dalam bertahan untuk mencintai awak. Dari terbit kata-kata yang dilontarkan oleh H.I (Awak tahu kan sape), Nampak seperti jelas sayang awak dah beralih arah kepada dia. 

Dulu, awak pernah mengucapkan bahawa awak seorang yang susah untuk menyayangi dan susah untuk menarik balik sayang awak terhadap orang yang disayangi. Tapi macam mana sayang awak pada saya boleh menghilang? Saya ke yang tak pandai menghargai awak? Atau adakah kata-kata awak hanya sekadar perkataan?

Air mata yang dah lama tak mengalir kini jatuh ke bumi? Apa salah saya awak? Saya tahu saya banyak kekurangan dan tidaklah setanding orang lain yang menyukai awak namun awak tahu tak macam mana kuatnya saya cintakan awak? 

Kadang-kadang tu saya minta maaf sebab saya tak pandai nak tenangkan awak like orang lain tenangkan awak, saya tak pandai jaga hati dan perasaan awak, tapi, saya cuba kan awak. Saya cuba yang terbaik berharap awak akan tahu bagaimana saya caring sangat-sangat pasal awak.




Awak nak tahu saya sekarang macam mana? Saya bagaikan berada di atas pagar dikelilingi duri yang tajam. Saya ke depan, saya jatuh. Saya ke belakang pun jatuh.  Saya ke kanan atau ke kiri pun jatuh jugak, so, apa saya nak buat awak? Then, saya decide untuk stay awak. 



Namun, kadang-kadang tu saya hampir nak jatuh, saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan.  Awak nak saya move on,  tapi itu direct akan buat saya jatuh. Biarlah hati ini membuat pilihan sama ada akan tetap bertahan di atas pagar itu or akan jatuh perlahan-perlahan….