The main thing saya nak cakap:
“SAYA MINTAK MAAF”
Because for this two points:
1) Kerisauan
2) Janji
KERISAUAN
Seiring waktu yang berjalan, saya ingin meminta maaf kepada awak setulus hati & seikhlas nurani diri ini atas sikap dan perangai saya yang terlalu dan terlampau-lampau risau akan diri awak. Kalau dalam bahasa Melayu, risau saya ni boleh dianggap lewah. Betul tak awak? Betul kan.. Em.. Even saya dah lama tak menelaah semua tu tapi biasalah kan awak, kalau pepatah “Bahasa Jiwa Bangsa” tersemat di dada, lautan yang luas pun sanggup diduga. :P Hahaha.. Apa saya merapu ni?? =.=’
Nampaknya saya dah lari jauh dari main topic ni awak. Okay, kita balik ke main topic. Karang tak pasal2 plak ada orang tu tak tido malam baca satu post ni. :P
Now, back to the main topic,
Opppp!!!
Jap ae awak, nak tanya ni, main topic ke main point yek yang tepat? Apa-apa jek pun awak tak kisah kan. Lagipun, awak bukannya semak and tanda post ni, right? Awak just baca jek kan. Tapi jangan pulak lepas ni awak gedik2 print then bagi cikgu BM awak tanda benda ni. Kalau awak buat mcm tu, saya cari awak sampai dapat even ke lubang cacing pun saya cari, then, tgoklah apa saya akan buat kat awak. Hah!! Taw pun takot. >.<
Awak, perasan tak saya lari dari topic lagi. Awaklah punya pasal. XD
Okay, Kali ni saya serious untuk fokus pada main point--------->> KERISAUAN
Actually,
Unsur lewah dalam kerisauan saya ni bukanlah bermaksud saya tidak percaya kepada awak, bahkan awaklah satu-satunya insan yang saya paling percaya selama ini dan In Sha Allah, selamanya. Saya just takot sangat k…………………… awak memandangkan awak the one and only kaum hawa yang saya c…………… (saya sengaja tak nak tulis full 2 words tu, nanti awak marah saya lagi coz asyik cakap benda yg sama *merajuk jap :(*)
Okay. Masa merajuk dah habis. :)
Awak ingat tak yang saya pernah mention kat awak tentang dangerousnya kerisauan saya ni. X da ae? So, skang ni saya nak cerita lah ni okay.
Em, untuk pengetahuan cik Jovial Girl, kalau ‘risau’ ni merasuk fikiran si owner punya blog ni, semua yang dia lakukan time tu, semua serba tak kena. Agak2 faham tak? Okay kita bagi contoh yang latest:
Hari: Ahad
Tarikh: 23.06.2013
Masa: Dalam pukul 5 atau 6 (Em,lebih kuranglah)
So, nak taw apa yang berlaku?
Awak pun tahu yang pada hari Ahad tu, saya kena handle wedding. Orang mana yang kahwin pun saya tak tahu. Tapi sempatlah jugak saya berangan awak dengan saya time tu jadi pengantin. :P Awak jangan marah pulak, berangan jek okay. Then, saya kena angkat lauk yang time tu tinggal sikit. Bayangkan awak, giler punya ramai orang yang datang. Dah macam penonton yang nak tengok perlawanan bola kat stadium pulak. Hahaha..
So, awak nak taw apa jadi? Pendek cerita, lauk yang saya angkat time tu, saya hantar kat tempat clearance. Taw tak clearance tu apa? Tempat pinggan+mangkuk+cawan yang kotor. Sumpah saya bengang time tu tapi nasib baik tak de yang perasan. Awaklah punya pasal tak text saya yang awak dah sampai kat maktab. Baru janji sekejap dah lupa. Benci awak. :/
Tapi awak kena ingat kerisauan saya hanya akan bertukar jadi macam ni apabila ianya melibatkan orang yang penting dalam hidup saya iaitu family and AWAK. Family memanglah kan tapi cuba tengok betul-betul warna pink tu, kan ada AWAK sekali. So, janganlah buat saya risau okay awak. Btw, warna tu sama dengan baju warna JDT yg awak nak kan. XD
Tapi……
Jangan pulak awak tak sihat, awak cakap awak sihat. Memang melampaulah. Maksud saya kat sini, kalau awak disahkan tidak sihat,makanlah ubat, even pahit macam manapun, apapun rasa dia, bagaimanapun bentuk dia, telan jek taw.Then, kalau awak mengharungi perjalanan yang jauh, jangan lupa text saya bagitaw. Time awak bertolak and time awak dah sampai. Senang cerita, text jeklah saya sepanjang perjalanan awak tu, tak larh saya risau sepanjang masa tu tapi jangan terus tak bagitaw plak. Perjalanan dekat and perjalanan jauh. Ingat tu.
P/S: Even nak pegi rumah jiran pun awak kena inform dekat saya. :P
Baru satu main point dah panjang berjela dah kan awak. Skang, kita masuk main point kedua ae awak.
JANJI
Oleh sebab main point first saya panjang mak datuk, main point kedua ni, saya akan ringkaskan seringkas-ringkasnya yek awak. Maint point kedua ni berkisar tentang janji-janji saya pada awak. Maaf atas semua kemungkiran janji saya pada awak. Sorry k awak. Sumpah saya x da niat nak mungkir janji dengan awak. In Sha Allah lepas ni dah x kan mungkir janji lagi dah dengan awak. :)
Saya akan tebus kemungkiran janji saya sebelum ni pada awak even saya tahu itu belum cukup untuk menebus semua kemungkiran janji saya pada awak.
Now,
Kita tutup story pasal maaf. So, maafkanlah saya k awak. Kalau tak nanti awak bakal lihat kewujudan satu post panjang berjela tentang maaf saya pada awak. Padan muka awak diselubungi rasa bersalah. XD
Seterusnya, kita akan cerita pulak pasal b’day awak yang just around the corner.3 hari jek lagi. So, first of all, “HAPPY INCOMING BIRTHDAY” to awak. In Sha Allah kalau diberi kesempatan kepada saya untuk mengharungi lagi kehidupan dalam dunia ini,tepat pukul 12.00 malam, 30 JUN 2013 nanti, akan ada satu call daripada number 013-76****9 and awak kena angkat call tu taw. Bukan kena , Wajib ^_^
Then, saya nak otp dengan awak selama yang mungkin. Dengar jeklah apa yang saya cakap nanti memandangkan awak x nak cakap apa2. Jangan bosan pulak nanti coz nanti saya merapu meraban entah apa-apalah yang keluar nanti dari mulut saya. Hahaha.. Betul ke awak x nak cakap apa2? Serious awak? Betul ke ni? Hahaha.. Saya x kesah sangat awak bila awak decide tak nak cakap apa-apa tapi kalau saya tanya question, jawab taw awak, even sepatah pun jadilarh. Please awak. Tak kesian ke saya jadi org giler cakap sorang-sorang. Kesian kan. Haha..
Anyway, awak jangan takot coz saya takkan call awak sampai 2-3 pagi coz nanti saya takot saya tak bangun solat subuh keesokannya and that’s mean saya lebihkan cinta saya pada awak melebihi cinta saya pada Tuhan kita. Lainlah ceritanya kalau awak kejutkan saya or saya call awak sampai subuh. XD
So, awak nak hadiah tak ni untuk burfday awak? X payah kot. Dah besar kan. Hehe. Apa-apa pun, start Isnin ni, cek larh dekat office ada ke tak bungkusan untuk awak dari saya. Kalau ada tu, rezeki awak larh tapi kalau takde tu, jangan merajuk pulak. Penat taw nak pujuk awak sorang ni.
Awak, banyak lagi nak cerita sebenarnya ni tapi nanti keringlah idea saya time call awak. Tapi, saya takut jugak kalau saya tak dapat call awak and tak dapat wish kat awak. Mcm mana ni awak? Nak cerita semua kat sini ke? *pening sekejap* Em, In Sha Allah, mudah-mudahan umur saya panjang yek awak. At least kalau nak pun terjadi, biarlah after b’day awak. Amin.
Lastly, nak mention pasal perasaan awak pada saya. Actually, banyak persoalan yang tak terungkap antara saya dengan awak. Semalam, time awak cakap awak anggap saya seperti abg awak, saya sedih sangat-sangat. Then, apabila saya fikir balik, apa pun anggapan awak pada saya, antara kita berdua still x da pertalian darah and kita still boleh disatukanlah awak. :P :P :P :P
Yang benar,
Pemburu cinta awak.
Pemburu cinta awak.
