Detik harapan dan impian yang dihajati saya sepertinya dicemburui dengan jarak yang memisahkan antara saya dengan awak. Jarak menjadi satu beban dalam hidup saya atas usaha dan upaya untuk memiliki dan merebut hati insan yang saya sayang satu-satunya.
Berjauhan daripada diri awak sesungguhnya merisaukan benak fikiran saya dari hari ke hari. Andai hati tersakiti, penawar luka pun akan turut hilang dan selama-lamanya diri saya akan terjerumus ke lembah kedukaan.
Sekali lagi daya dan upaya saya jatuh ke lorong kegagalan. Dalam kejauhan jarak ini, hanya satu yang saya mampu usahakan in order to get in touch dengan awak. Hanya satu disaat ini, SMS. Walaubagaimanapun, tidak semua yg dirancang akan menjadi seperti apa yang saya harapkan, masa dan kepenatan dalam dunia awak menjadi salah satu lagi penghalang untuk saya get in touch dgn awak.
Andai sahaja saya mempunyai pilihan lain, maybe CALL or maybe TWITTER VIA TEXT? Tetapi, pilihan lain sepertinya sudah pasti tidak akan menurut kemahuan awak. Berbicara pasal TWITTER, sometimes, adakalanya hati saya terusik dengan kata-kata yang dilontarkan di TWITTER oleh awak.
Kadang-kadang nak tergelak coz kelakar sangat ayat awak, and kadang-kadang tu happy but kadang-kadang tu hati ini sakit sangat ibarat ditusuk sembilu yg sgt tajam. Why? Hanya apabila mata ini melihat awak bertweet dgn lelaki lain sedangkan kemahuan saya untuk bertweet dgn awak tidak diendahkan.
And adakalanya jugak, tweet-tweet awak merujuk bahawa sepertinya awak sedang in contact with others. Seperti sedang reply mesej seseorang tetapi menggunakan via twitter. Apakah awak? Dan semakin dalam luka dihati saya apabila perkara yang difikirkan hanya sebuah tanggapan rupanya suatu kenyataan. Awak in contact with other male or maybe just female?
Saya realize that semua yang berlaku adalah atas kesalahan saya dan bukan diri awak yang harus dipersalahkan atas sebab tidak mahu text, tweet, reply or chat dgn diri ini. Saya harus terima semua kesakitan ini coz siapa suruh saya jatuh cinta pada awak!!!? Kenape saya sayang awak!!!? Semua yg berlaku hanya saya yg harus bertanggungjawab.
Sometimes saya jealous with other lelaki yg rapat dengan awak tapi nothing saya boleh lakukan. Nothing. Memarahi awak? Apakah hak saya memarahi diri awak untuk rapat dgn lelaki lain? Saya tiada hak untuk semua itu. Hanya menangis dan berdoa hope that nothing serious will ever happen between awak dgn lelaki-lelaki lain.
Kesakitan sudah pasti akan diganti dengan kebahagiaan. Itulah keadilan takdir. Namun, hati dan diri ini tidak sedikit pun mahu berganjak dalam dunia mencintai dan menyayangi diri awak walaupun hari demi hari hati ini tersakiti. Bukan kerana alasan saya tidak pernah mencuba namun semua yang diusahakan tidak pernah menjadi.
Berulang kali awak menyuruh saya untuk pergi dari hidup awak agar hati saya tidak akan disakiti tapi saya degil kan awak? Saya x boleh lari dari kenyataan yang saya terlalu sangat mencintai dan menyayangi awak seorang. Saya tidak mengerti apa yang ada pada awak yang tidak ada pada perempuan-perempuan lain sehinggakan saya x boleh nak cintakan orang lain seperti mana saya mencintai diri awak.
Apakah saya tidak bisa membuka hati ini dengan perempuan lain? Apakah saya ditakdirkan hanya mampu mencintai dan menyayangi diri awak satu-satunya? Apakah? Kebahagiaan diri awak juga merupakan kebahagian diri saya. Namun, di sebalik kegembiraan yang terpaut sekali, sudah pastinya kesakitan akan turut menjelma. Melihat diri awak bahagia bersama insan yg lain sudah pasti akan membuatkan hati ini terasa perit sekali.
Sesungguhnya, saya tidak sanggup dan tidak mampu untuk menerima kenyataan itu. Saya mahu melihat diri awak bahagia dan saya mahu diri inilah yang akan menjadi satu-satunya insan yang akan membahagiakan diri awak untuk selama-lamanya dan bukan orang lain. Akan tetapi, diri ini selalu berfikir apakah saya mampu membahagiakan diri awak?
Saya sememangnya tidak tahu apa yang bisa saya lakukan untuk membahagiakan awak namun hanya satu yang saya tahu, saya akan sentiasa mencuba untuk membahagiakan awak dari hari ke hari. Jika seandainya saya sudah tidak mempunyai pilihan yang lain dalam dunia mencintai awak, sepertinya, tiada lagi yang bisa saya usahakan.
Saya tidak bisa mencintai orang lain selain awak, saya tidak mampu melupakan awak, bahkan saya tidak mempunyai peluang yang sempurna untuk memiliki diri awak. Hanya dua pilihan terakhir yang saya punya. Menghilangkan kewujudan diri awak dalam benak fikiran saya melalui kemalangan or suatu penyakit.
Namun, apakah Tuhan akan memakbulkan doa saya itu? Saya mahukan kematian menjemput diri ini seawalnya namun apakah saya sudah bersedia menemui Ilahi? Apakah amalan kebaikan saya sudah mengatasi amalan kejahatan saya? Bahkan sesungguhnya saya tidak akan pernah mempunyai pilihan dalam dunia percintaan antara saya dengan awak. Andai sahaja membunuh diri bukanlah berdosa besar hukumnya, sudah pasti saya akan menamatkan riwayat hidup ini dengan berbuat demikian.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, dan semakin masa ke hadapan, semakin itulah diri ini bimbang akan kehilangan diri awak. Nampaknya, bukan hanya jarak tetapi masa juga menjadi penghalang akan cinta saya terhadap awak. Disebabkan itulah juga, saya membuat keputusan untuk selalu get in touch dengan diri awak agar awak tidak akan melupakan diri ini.
Bukan hanya kerana satu reason tersebut tetapi saya juga takut disebalik masa-masa tersebut, akan ada lelaki lain yang berusaha untuk rapat dgn awak dan jika diri ini hanya diam dan kaku tanpa berbuat apa-apa, sudah semestinya saya akan dilupakan awak sedikit demi sedikit.
Namun begitu, kadang-kadang semasa get in touch dengan awak, saya risau dan bimbang tidak pandai mengeluarkan topik yang tepat dan saya takut dan bimbang jika ayat atau kata-kata diri ini mengguris perasaan dan hati awak. Saya mahu sentiasa menjaga perasaan awak selalu tapi saya menyedari diri ini terlalu bodoh dalam percintaan.
Saya sedar diri ini terlalu banyak kekurangan awak. Saya tidak tahu lagi bagaimana menjadi yg terbaik untuk awak. Saya tidak pandai menenangkan awak disaat awak dalam kesedihan. Saya tidak berdaya membuatkan awak tersenyum dikala awak dalam kedukaan. Saya tidak berupaya memberikan kata-kata perangsang dikala awak sedang menghadapi saat-saat getir dalam kehidupan.
Saya tidak tahu harus bagaimana menunjukkan kerisauan dikala diri awak dalam kesakitan. Saya buntu harus bagaimana menunjukkan kegembiraan disaat diri awak dalam kebahagiaan. Sememangnya, saya tidak akan pernah tahu harus bagaimana lagi untuk menjaga hati dan perasaan awak, insan yg sayang. Saya cuba menjadi yg terbaik dalam semua keadaan, namun tidak seperti yang awak mahukan.
Saya belajar memahami awak punya perasaan, namun, perasaan seseorang bukanlah sesuatu yg mudah untuk ditafsirkan. Diri saya terlalu banyak kelemahan, maafkan saya awak. Saya belajar akan kesilapan untuk menjadi yang terbaik untuk awak dan saya harap semoga Tuhan akan kabulkan.
