“Love is only lost if you give up on it”
- Jeffrey
Coleman Jr.-
Hari demi hari yang saya lewati, word ‘give up’ ni tak pernah hilang
dari benak fikiran saya and kadang-kadang tu sampai saya pening and down
memikirkan satu perkara ni. Setiap pagi, petang, and malam apabila terlintas
bayangan awak di fikiran saya, word ni pasti akan muncul. Saya tak tahu kenape bayangan awak sering
saja merasuk benak fikiran saya. Awak hantu
ka? Hahaha…
Malahan, yang lebih menggilakan saya, bayangan awak menjelma tak kira
masa. Time kelas, makan, tido, riadah and hampir kesemua rutin harian saya
pasti bayangan awak akan meracau fikiran saya. Awak…. Saya tergila-gilakan awak
sangat ke ataupun kerana saya pernah rapat dengan awak sehingga sisa-sisa
kenangan tu mengimbau kembali?
Give up, move on, go on, carry on, let go and yang sewaktu dengannya.
Semua ni kan awak, saya dah penat mencuba hanya kerana mahu memenuhi kehendak
awak agar melupakan awak and anggap kita tak pernah kenal antara satu sama
lain. FAIL….. Satu word yang boleh mendescribekan usaha saya untuk memenuhi
kehendak awak, insan yang paling saya cinta.
Saya GAGAL awak. Saya tak boleh nak melupakan awak atas apa yang telah
awak lakukan pada saya. Awak buat saya jatuh cinta pada awak, awak buat saya
sayang pada awak sangat-sangat and awak buat saya takut kehilangan awak. Saya
dah terlanjur mencintai diri awak SEORANG, SATU-SATUNYA kaum hawa di dunia ini.
Saya tahu bukan niat dihati awak untuk membiarkan saya jatuh dalam lautan cinta
awak namun hakikatnya itulah yang sebenarnya terjadi dikala ini.
Awak… Seikhlas hati dan nurani, maafkan diri saya kerana tidak dapat
memenuhi kehendak awak yang satu ni.
Maafkan saya kerana membiarkan perasaan cinta dan sayang saya sebati
dalam hati saya. Saya dah tak boleh nak berpatah balik duhai awak. Cinta dan
sayang saya pada awak sudah tertanam rapi dalam sanubari saya.
Seikhlas hati, saya minta maaf……

