Seperti apa yang saya katakan, mencintai awak bukanlah sesuatu yang mudah bagi diri saya. Ketakutan dan kerisauan sering sahaja hadir dalam benak fikiran saya sepanjang mencintai awak. Namun begitu, kegembiraan yang hadir tidak dapat dibandingkan dengan ketakutan dan kerisauan saya.
Kerana itulah jua, saya tidak akan pernah mahu give up dalam mencintai awak. Kadang-kadang tu adalah jugak, tetapi, perasaan give up tu hanya akan hadir sejenak and then menghilang. So, finally saya decide, saya tidak akan pernah stop mencintai diri awak :)
Even walaupun saya tahu begitu banyak dugaan dan cabaran sepanjang mencintai awak, saya terpaksa hadapi semua itu atas usaha dan upaya menahan diri saya agar tidak pernah berhenti daripada mencintai dan menyayangi diri awak. Awak, saya takut seandainya:
- Awak rapat dengan lelaki lain
- Saya memaksa awak
- Saya selalu buat awak rasa bersalah
- Saya menjadi beban dalam hidup awak
- Awak sakit or ditimpa kemalangan
- Saya lost contact dengan awak
- Awak bencikan saya
- Awak pergi dahulu sebelum saya
Actually awak, ketakutan dan kerisauan saya tidaklah terbatas hanya kepada perkara-perkara yang saya sebutkan. Banyak lagi perkara yang saya takutkan sepanjang mencintai awak. Sebelum-sebelum ni, banyak perkara yang membuatkan 'get in touch' saya dengan awak hampir terputus.
Saya takut :'( Serious awak saya takut. And selalunya jika crucial moment ni muncul, saya down awak, saya x boleh. Saya tak sanggup menerima kenyataan kehilangan awak yang dah menjadi sebahagian dalam hidup saya.
Awak ingat x salah satu antara crucial moment sebelum-sebelum ni? Saya tanya pada awak yang awak nak saya stop text awak ke? First awak cakap suka hati saya then bila saya paksa, awak suruh saya berhenti coz ramai lagi perempuan lain.
Then, sebulan saya tak get in touch dengan awak and seriously during that time, saya down and saya rindukan awak sangat2 and saya rasakan awak seorang yang penting dalam hidup saya. Then, saya text awak jugak after sebulan tu. Degil kan saya awak. Hahaha.. Sorry..
Akhir-akhir ni saya ada tanyakan pada awak 5 soalan. Soalan terakhir saya, saya tahu memeranjatkan awak. Sebenarnya itu bukanlah pertanyaan tetapi itulah satu-satunya last impian yang saya mahukan dalam dunia ini. Saya boleh janji pada awak yang saya akan tunggu awak sampai awak complete education awak tetapi saya x boleh nak paksa awak untuk berjanji perkara yang sama dengan saya.
Saya tahu keputusan di tangan awak and saya tahu perkara ni memanglah terlalu awal untuk dibicarakan tetapi saya hanya ingin awak tahu bahawa saya mencintai awak bukanlah sekadar untuk saya merasai percintaan alam persekolahan and bukanlah sesuatu perkara yang suka-suka. Saya cintakan awak dunia dan akhirat.
