Sunday, April 27, 2014

Kehendak Rindu



Ada beberapa malam yang sunyi saya kacau awak, tapi kebiasaannya awak akan selalu beradu awal. Dan kerana itulah, saya dengan kreatifnya mengambil alternative terbaru untuk menggangu diri awak. Mengganggu diri awak dikala petang yang damai namun sepertinya alternative saya tidaklah sekreatif seperti yang saya fikirkan.

Sepanjang hari-hari dikala awak tidur awal, saya sepertinya seakan-akan marah dan memaksa diri awak untuk melayani saya sedangkan saya sedar semua perbuatan itu hanya akan membuatkan awak semakin benci pada diri ini. Namun, entah mengapa saya selalu tunduk dengan kehendak rindu saya pada awak hinggakan saya tidak pernah ambil khuatir akan perasaaan awak.

Sebagai seorang insan yang mencintai dan menyayangi diri awak, saya seharusnya memahami diri awak setiap masa. Hari-hari awak yang busy membuatkan awak penat dan letih tidak pernah saya ambil peduli akan semua itu hanya sekali lagi terlalu mengikut kehendak rindu saya pada awak.

Rindu pada awak bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk saya cuba bertahan menahannya. Jikalau sejuk, panaslah yang menjadi penyelesaiannya. Jikalau sakit, ubatlah penawarnya walaubagaimana pahitnya rasa tersebut. Jikalau rindu pula, apakah yang harus saya lakukan awak? Doa? Sudah semestinya, namun perasaan rindu ini kadang-kadang melampaui batasan saya hinggakan saya terpaksa mengikut kehendak rindu ini.

Untuk yang entah sudah berapa kali, saya minta maaf kerana tidak pandai menahan kerinduan saya pada awak. Saya sedang dalam proses untuk belajar menahan kerinduan saya pada awak. Untuk itu, saya mohon pada awak agar bertahan supaya tidak kecewa ataupun marah seandainya saya jadi insan yang annoying lagi sehingga saya sudah pandai menahan kerinduan saya pada awak.. Tapi, saya berjanji akan cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut. Sekali lagi, saya minta maaf. Saya cintakan awak :*