seperti badai aku ingin mencintaimu sampai mati”
Dunia percintaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diri saya mencari seorang insan yang membuatkan hati ini benar-benar merasakan sesuatu yang berbeza. Saya sememangnya seorang insan yang mudah jatuh cinta akan seseorang namun untuk saya menahan perasaan itu menjadi kesetiaan belum lagi bisa saya ketemukan. Di kala itu jualah, saat saya menginginkan erti setia, seorang insan telah saya temukan disaat diri ini ingin pergi meninggalkan alam persekolahan untuk beranjak ke alam universiti iaitu awak.
Tidak pernah akan saya duga untuk mencintai insan yang sememangnya boleh saya dipanggil adik. Perbezaan umur yang sepertinya saya takut akan menjadi penghalang cinta saya terhadap awak. 4 tahun perbezaan umur saya dengan awak, salahkah saya mencintai diri awak seikhlas hati saya? Saya tidak mahu menganggap diri awak sebagai seorang adik kerana sepertinya awaklah yang telah membuatkan perasaan cinta saya tetap bertahan walaupun berulangkali saya cuba mengalah akan diri awak sehinggakan saya tidak berdaya lagi untuk membenci awak.
Insan yang pada mulanya hanyalah menjadi tatapan mata saya setiap hari dikala terbenamnya matahari sewaktu saya menjamah makanan di Dewan Selera MRSM Batu Pahat, Johor. Ya., di saat itulah kali pertama saya melihat awak, seorang insan yang asing bagi diri saya. Namun, di saat hati sudah bergolak, di saat hati saya sudah meronta, saya mengalah, saya telah jatuh cinta pada awak. Cukup sekadar sekali imbas sewaktu diri awak sedang membayar makanan di Koperasi, nama awak telah saya dapatkan.
Sketsa bermula dan di kala itu jualah saya ingin mengenali diri awak dengan lebih dekat dan secara boleh dikatakan haram, saya dapatkan nombor telefon awak melalui kawan-kawan awak. Cukup sekadar mengetahui nama awak, senanglah saya bertanya kepada kawan-kawan saya tentang diri awak. Tidak lama saya boleh menatap diri awak sewaktu disana. Mengapakah waktu sekecil itu baru saya dipertemukan dengan awak? Saya tak tahu. Saya bahagia sangat mengenali diri awak. Terima kasih Tuhan.
