Ada beberapa malam yang sunyi saya kacau awak, tapi kebiasaannya awak akan selalu beradu awal. Dan kerana itulah, saya dengan kreatifnya mengambil alternative terbaru untuk menggangu diri awak. Mengganggu diri awak dikala petang yang damai namun sepertinya alternative saya tidaklah sekreatif seperti yang saya fikirkan.
Sepanjang
hari-hari dikala awak tidur awal, saya sepertinya seakan-akan marah dan memaksa
diri awak untuk melayani saya sedangkan saya sedar semua perbuatan itu hanya
akan membuatkan awak semakin benci pada diri ini. Namun, entah mengapa saya
selalu tunduk dengan kehendak rindu saya pada awak hinggakan saya tidak pernah
ambil khuatir akan perasaaan awak.
Sebagai
seorang insan yang mencintai dan menyayangi diri awak, saya seharusnya memahami
diri awak setiap masa. Hari-hari awak yang busy membuatkan awak penat dan letih
tidak pernah saya ambil peduli akan semua itu hanya sekali lagi terlalu
mengikut kehendak rindu saya pada awak.
Rindu
pada awak bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk saya cuba bertahan
menahannya. Jikalau sejuk, panaslah yang menjadi penyelesaiannya. Jikalau
sakit, ubatlah penawarnya walaubagaimana pahitnya rasa tersebut. Jikalau rindu
pula, apakah yang harus saya lakukan awak? Doa? Sudah semestinya, namun
perasaan rindu ini kadang-kadang melampaui batasan saya hinggakan saya terpaksa
mengikut kehendak rindu ini.
Untuk
yang entah sudah berapa kali, saya minta maaf kerana tidak pandai menahan
kerinduan saya pada awak. Saya sedang dalam proses untuk belajar menahan
kerinduan saya pada awak. Untuk itu, saya mohon pada awak agar bertahan supaya tidak
kecewa ataupun marah seandainya saya jadi insan yang annoying lagi sehingga
saya sudah pandai menahan kerinduan saya pada awak.. Tapi, saya berjanji akan
cuba sedaya upaya untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut. Sekali lagi,
saya minta maaf. Saya cintakan awak :*

